GELANG dengan tekstur kulit yang menawan.
GELANG dengan tekstur kulit yang menawan.

Bonia menerapkan unsur lukisan yang diilhamkan daripada keanggunan bandar Rome termasuk seni bina dan budayanya.

Gaya hidup serba moden disuntik dalam koleksi terbarunya termasuk hasil pertukangan yang terperinci.

Tekstur aksesori ditampilkan melambangkan kemewahan, keseronokan dan kegemilangan ibu kota negara Itali itu.

Gelang kulitnya didatangkan dalam warna putih, merah dan kelabu untuk menunjukkan semangat dan sisi minimalis Rome.

Bagi koleksi terbaru ini, ciri utama yang ditonjolkan adalah keceriaan selain memiliki daya tarikan kepada pemakai.

Berdasarkan permintaan, jenama itu memperkenalkan koleksi terbaru aksesori termasuk tag nama dan gelang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 5:10 AM