KOLEKSI beg terbaru daripada Bonia.
KOLEKSI beg terbaru daripada Bonia.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Bonia meneruskan legasinya dalam dunia fesyen dengan memperkenalkan rekaan beg terbaru yang lebih ceria, moden, anggun dan kontemporari, buat peminat beg diperbuat daripada kulit.

Menawarkan peminat beg dengan rekaan terkini, sememangnya kulit adalah material yang menjadi kebanggaan buat Bonia untuk menghasilkan beg tangan mewah berstatus antarabangsa.

Melihat kepada perkembangan fesyen beg tangan yang sungguh pantas, Bonia mengikut rentak dengan menghasilkan rekaan anggun sesuai untuk wanita bekerjaya dan mereka yang gemarkan fesyen mewah.

Menyuntik elemen kreatif pada rekaan dan pertukangan beg kulit, jenama itu menggabungkan sisi moden dengan gaya orang muda untuk menghasilkan koleksi anggun dan glamour.

Biarpun tetap menghargai gaya anggun klasik, Bonia menyajikan pilihan beg moden dan glamor dengan rekaan serta warna cukup ceria menerusi koleksi terbarunya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 5:03 AM