Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Aksesori kristal berkilauan sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh membuatkan sesiapa saja jatuh hati untuk menggayakannya. Apatah lagi aksesori menjadi antara elemen penting dalam menonjolkan gaya seseorang.

Baru-baru ini, Swarovski memperkenalkan koleksi terbarunya yang dihiasi dengan barisan kristal mampu menarik perhatian.

Koleksi itu menggabungkan kristal berwarna-warni selain putih dengan rekaan ultra moden bagi melahirkan aksesori menarik dan mudah disuai padan dengan pakaian.

Gelang tangan dengan gaya berani tetapi feminin digabungkan dengan kulit, emas dan rodium menjadikan perhiasan itu unik, segar dan pasti membuatkan penampilan lebih menyerlah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:02 AM