LELAKI yang mengalami tekanan perasaan terjun ke dalam perigi diselamatkan bomba. FOTO ihsan bomba
LELAKI yang mengalami tekanan perasaan terjun ke dalam perigi diselamatkan bomba. FOTO ihsan bomba
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang lelaki, 28, yang terjun ke dalam perigi sedalam lima meter dipercayai mengalami tekanan perasaan diselamatkan pasukan bomba jam 12.28 tengah malam tadi di Jalan Sering, di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk memujuk mangsa, Nik Mohd Erman Nik Omar yang bertindak agresif.

Katanya, pasukan bomba turut meminta bantuan anggota polis untuk menenangkan lelaki itu.

"Sebaik berjaya memujuk lelaki itu, pasukan kita turun ke dalam perigi menggunakan tangga.

"Kita berjaya mengeluarkan lelaki itu dalam masa 10 minit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 11:45 AM