Juwan Riduan
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Lelaki cedera pada bahagian kaki selepas terjatuh dari tingkat enam ketika menyelenggara lif dalam kawasan pembinaan di Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.28 tengah hari.

Katanya, sepasukan 11 anggota bomba kemudian dikejar ke lokasi kejadian.

"Dilaporkan, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun ketika sedang menyelenggara lif dalam kawasan pembinaan dan terjatuh dari tingkat enam ke tanah.

"Mangsa yang berada di dalam lif itu cedera di bahagian kaki dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa naik ke atas menggunakan sistem takal," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada petugas ambulans untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 4:51 PM
Pasukan bomba membawa naik mangsa ke atas menggunakan sistem takal selepas terjatuh dari tingkat enam ketika menyelengara. FOTO Ihsan Bomba
Pasukan bomba membawa naik mangsa ke atas menggunakan sistem takal selepas terjatuh dari tingkat enam ketika menyelengara. FOTO Ihsan Bomba