Pemuda yang cuba terjun diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Pemuda yang cuba terjun diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Pemuda yang cuba terjun dari tingkat 15 flat Sri Sarawak, disini, diselamatkan anggota bomba, petang tadi,

Dalam kejadian 4.07 petang, pemuda 20-an itu dipercayai bertindak memanjat koridor flat sebelum cuba terjun.

Bagaimanapun, kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan pemuda itu selepas usaha memujuk dan menasihatkannya selama hampir sejam berhasil.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kaedah psikologi untuk memujuk mangsa memandangkan keadaan lelaki itu yang agresif.

"Kita dapat memujuk mangsa selepas hampir sejam dan berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 8:35 PM