ASYRAF Wajdi menyampaikan ucapan ketika perasmian. FOTO Bernama
ASYRAF Wajdi menyampaikan ucapan ketika perasmian. FOTO Bernama
Mohd Nasif Badruddin


Petaling Jaya: Pemimpin Muslim boleh mengubah persepsi negatif mengenai Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan menggunakan pentadbiran yang adil dan telus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sistem tadbir urus yang baik akan mendapatkepercayaan dan keyakinan rakyat sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk mengatasi kejahilan.

Katanya, antara cabaran utama dihadapi pemimpin Islam adalah berhadapan puak ekstremis yang menyalahgunakan nama Islam.

"Inilah tugas kita bukan saja untuk menangkis stereotaip ini, malah untuk menghadapi puak pengganas dengan menjadi pemimpin bijaksana dan berintegriti," katanya dalam ucapan perasmian Forum Kepemimpinan Dunia Muslim Ketiga, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 4:43 PM