Norasikin Daineh


Tawau: Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di sini, pagi ini.

Berikut adalah maklumat yang kami peroleh setakat ini.

9.40 pagi: Helikopter dipercayai Nuri dilaporkan terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung.

9.53 pagi: Lima pelajar sekolah SMK Balung cedera dan dihantar ke Hospital Besar Tawau.

Maklumat lanjut akan kami kongsikan dari semasa ke semasa.

10.28 pagi: Tujuh pelajar dan seorang awam cedera serta dihantar ke Hospital Besar Tawau akibat kejadian helikopter terhempas di SMK Balung, pagi tadi.

Difahamkan, helikopter terhempas kira-kira 9 pagi, atas dewan terbuka yang sedang dalam pembinaan.

Sehingga ini, operasi pemantauan dan penyelamatan dilakukan dan difahamkan 13 kru pesawat dalam keadaan selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 10:19 AM