KERJA pembersihan dihentikan bagi menunggu jentera untuk mengangkut keluar kompenen helikopter itu dari kawasan sekolah. FOTO Norasikin Daineh
KERJA pembersihan dihentikan bagi menunggu jentera untuk mengangkut keluar kompenen helikopter itu dari kawasan sekolah. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh


Tawau: Kerja pembersihan dihentikan sementara waktu, tengah hari tadi bagi menunggu jentera untuk mengangkut keluar kompenen helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di SMK Balung, semalam.

Sebahagian daripada komponen helikopter itu ditemui di bumbung dewan, 1 tengah hari tadi.

Kerja pembersihan dilakukan seawal 9 pagi tadi membabitkan anggota TUDM.

Dalam kejadian 9 pagi semalam, helikopter Nuri milik TUDM terhempas di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kerosakan pada beberapa struktur sekolah.

Antara bangunan yang rosak termasuk dewan terbuka, kantin, surau dan blok bangunan yang menempatkan kelas.

Insiden itu juga turut menyebabkan 13 pegawai dan anggota TUDM, lapan pelajar sekolah dan seorang pekerja pembersihan cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 2:45 PM