GREENFIELD bersiar-siar sambil memakai sut yang mengandungi sampah yang dibuangnya pada setiap hari. - Agensi
GREENFIELD bersiar-siar sambil memakai sut yang mengandungi sampah yang dibuangnya pada setiap hari. - Agensi
Agensi

New York: Seorang aktivis alam sekitar memakai setiap sampah yang dibuangnya setiap hari selama 30 hari bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran alam kepada orang ramai.

Rob Greenfield mencipta satu sut lut sinar dan meletakkan setiap pembalut makanan, cawan plastik, kertas serta semua sampah yang dihasilkannya di dalamnya.

Dia kemudian berjalan di sekitar New York dengan sut berkenaan bagi menunjukkan berapa banyak sampah yang dihasilkan oleh seorang individu.

“Tidak ramai yang sedar berapa banyak sampah yang dihasilkannya pada setiap hari.

“Cara terbaik untuk memberi kesedaran kepada mereka adalah dengan memakai sampah itu sendiri selama sebulan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 6:13 AM