DIANGKAT sebagai persalinan sesuai digayakan di acara karpet merah.
DIANGKAT sebagai persalinan sesuai digayakan di acara karpet merah.
Rudy Imran Shamsudin


Kebanyakan kita sering mengaitkan jumpsuit dengan persalinan ringkas dan digunakan kala menghadiri majlis tidak formal.

Bagaimanapun, kebelakangan ini rekaan jumpsuit diangkat sebagai persalinan sesuai digayakan di acara karpet merah.

Rekaan istimewa dengan cantuman aksesori gancu kecil dan gaun labuh membuatkan jumpsuit kelihatan lebih eksklusif dan mewah seperti dihasilkan pereka Rizalman Ibrahim untuk Dayang Nurfaizah.

Siti Nordiana membuktikan jumpsuit juga sesuai digayakan wanita Muslimah, asal saja potongan dihasilkan pada lebih longgar.

Tidak kurang juga ada pereka tempatan menghasilkan seluar digayakan dengan baju sedondon sehingga memberikan ilusi pakaian tersarung ditubuh itu adalah jumpsuit seperti digayakan Anis Al-Idrus sewaktu menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular BH 29.

Gaun labuh berserta seluar digayakan Neelofa juga diilhamkan menerusi kegilaan terhadap pemakaian jumpsuit. Cape menghiasi bahagian belakang bagi melindungi belakang tubuh dan secara tidak langsung menambah gaya ditampilkan Neelofa sewaktu melalui acara karpet merah.

Kenyataan ‘less is more’ sangat sesuai digunakan bagi menggambarkan persalinan jumpsuit digayakan penyanyi muda Aisyah Aziz. Potongan bahagian kaki lebih kecil membuatkan ketinggiannya menyerlah.

Aksesori merah diselit di bahagian bahu sengaja diletakkan bagi memberi titik tumpu agar penampilannya mampu mencuri tumpuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 5:04 AM