PRESIDEN merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner (kanan) bersama Mark Raine ketika majlis pelancaran. FOTO Aizuddin Saad
PRESIDEN merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner (kanan) bersama Mark Raine ketika majlis pelancaran. FOTO Aizuddin Saad
Mohd Razlan Salleh


Kuala Lumpur: Mercedes-Benz melancarkan lima varian daripada dua model C-Class Cabriolet dan SLC Roadster generasi baru di sini, hari ini.

Kehadiran dua model mewah dan berkuasa tinggi berkenaan melengkapkan barisan 'Mercedes-Benz Dream Car Collection' di negara ini.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memberi peluang sama rata terhadap penggemar model Mercedes-Benz di seluruh dunia.

Kedua-dua model terbaru ini membolehkan pemilik merasai sendiri teknologi, elegan dan kemewahan yang sinonim dengan jenama ini.

"Ini adalah model yang bukan sahaja bergaya, malah berkuasa tinggi selain menjimatkan minyak," katanya ketika majlis perlancarannya.

Model C-Class Cabriolet dijana enjin empat silinder 2.0L dengan varian C 200 berharga RM358,888, C 250 (RM388,888) dan C 300 (RM443,888).

Manakala model SLC Roadster juga dijana enjin sama menerusi varian SLC 200 berharga RM398,888 dan SLC 300 (RM468,888).

Semua harga ditawarkan adalah tanpa insurans dan kedua-dua model ini menggunakan transmisi 9G-TRONIC.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 8:14 PM