RAINE (kanan) dan Coulthard (kiri) ketika melancarkan Mercedes-Benz C-Class Coupe. FOTO Erywan Noshal
RAINE (kanan) dan Coulthard (kiri) ketika melancarkan Mercedes-Benz C-Class Coupe. FOTO Erywan Noshal
Erywan Norshal


Sepang: Mercedes-Benz Malaysia memperluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan Mercedes-Benz C-Class Coupe hari ini.

Edisi baharu itu hadir dengan tiga varian menerusi C200 Coupe, C250 Coupe dan C300 Coupe.

Ketiga-tiga varian itu hadir imej bergaya sporty dengan ruang dalaman luas yang menjadi penanda aras baharu dalam segmen berkenaan.

Ia dijanakan enjin 2.0 liter, tetapi menyalurkan kuasa maksimum berbeza membabitkan C200 Coupe (184hp); C250 Coupe (211hp) dan C300 Coupe (245hp).

Jentera yang diimport dari Jerman itu dijual pada RM308,888 (C200 Coupe); RM333,888 (C250 Coupe) dan RM388,888 (C300 Coupe) atas jalan tidak termasuk insurans.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine dan bekas pemandu Formula Satu, David Coulthard.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 12:51 PM