GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan unta berkenaan dengan rantai emas tebal.
GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan unta berkenaan dengan rantai emas tebal.
Agensi

Riyadh: Klip video menunjukkan seorang lelaki memakaikan rantai emas tebal pada leher untanya mengundang kecaman daripada pengguna media sosial.

Pemilik unta yang turut kelihatan dalam video berkenaan jelas kelihatan ketika dia menunjukkan haiwan itu dengan rantai berkenaan sementara beberapa pemuda merakam gambar itu di lokasi yang tidak didedahkan di Arab Saudi.

Bagaimanapun, lelaki itu diselar di media sosial sebaik video itu tersebar di Internet dengan ramai yang berkata, dia sungguh bongkak.

“Tindakannya memang patut dikecam. Saya berharap pihak berkuasa keselamatan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” tulis seorang pengguna yang mengguna nama Tahtooh.

Seorang lagi pengguna menyifatkan perbuatan tuan unta itu memalukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:53 AM