Oleh Norhadiani Baharom

Jangankan melihat lelaki yang dicintai dipeluk mesra orang lain, mengabdikan seluruh kehidupan berkongsi sang suami bersama wanita lain apatah lagi!

Masakan ada wanita di dunia ini yang rela bermadu biarpun poligami dibenarkan Islam berlandaskan beberapa syarat dan kriteria. Meskipun dewasa ini ramai lelaki berkahwin lebih daripada satu bukan kerana agama sebaliknya terdorong keinginan 'hawa nafsu'.

Isteri yang berkorban perasaan, merelakan dalam keterpaksaan kehendak si suami, kerana tidak punya pilihan selain memikirkan anak-anak serta mahu mempertahankan hak mereka khususnya isteri pertama.

Namun menerusi naskhah Takhta 3 Ratu yang digarap oleh pengarah terkenal, Erma Fatima, sedang berpanggung di Istana Budaya mulai 14 hingga 23 Disember ini, isu poligami dan korban cinta tiga ratu diangkat sebagai konteks penyatuan bangsa Melayu.

Selain, kepentingan tiga wanita iaitu Lela Wangsa lakonan Erra Fazira, Hang Li Po (Soo Wincci & Lee Mei Fen) serta Galuh Chenderai Kirana yang dibawakan pelakon muda, Izreen Azminda, dalam membentuk kekuasaan dan empayar gemilang zaman kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mansur Syah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 5:01 AM