NOR Aizal membantu seorang warga emas.
NOR Aizal membantu seorang warga emas.
MURID sekolah beramah mesra dengan seorang warga emas.
MURID sekolah beramah mesra dengan seorang warga emas.
Redzuan Muharam


Esok adalah Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa namun sejauh mana kita sebagai generasi muda menghargai golongan berkenaan?

Jangankan menghargai, masih adakah rasa hormat kita terhadap mereka yang bergelar warga emas? Jawapannya, tepuk dada tanya selera.

Jika diperhatikan, banyak penganiayaan berlaku terhadap warga emas dan mereka menjadi sasaran mudah kerana dianggap golongan yang lemah.

Contohnya, kes seorang wanita warga emas dipukul selain dimarahi beberapa individu di Taman Tenaga, Cheras yang menjadi viral selepas rakaman video berkenaan viral di media sosial pada awal tahun ini.

Turut menyedihkan adalah tindakan sekumpulan lelaki merosakkan kereta warga emas kerana terlanggar motosikal yang berhenti mengejut pada awal Julai lalu.

Itu belum termasuk tindakan segelintir anak yang tidak sanggup menjaga orang tua mereka hingga sanggup menghantar ibu dan ayah ke rumah kebajikan.

Banyak kes seumpama itu, tetapi di sebalik cerita tidak enak, masih ramai sebenarnya generasi muda di luar sana yang prihatin dengan nasib warga emas.

Bukan saja prihatin malah ada antaranya yang sanggup mencari rezeki dengan bekerja sebagai pembantu di pusat jagaan warga emas.

Untuk mendapatkan gambaran sebenar, penulis mengunjungi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di Kajang, Selangor baru-baru ini dan kita ikuti perkongsian pengalaman mereka yang bekerja di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 10:37 AM