SONY PS4 PRO
SONY PS4 PRO
Afiq Hanif


Sony memperkenalkan konsol PS4 Pro yang dilengkapi teknologi cip pemprosesan lebih pantas di samping keupayaan mempamerkan paparan sehingga 4K.

Ia sekali gus menyaksikan kualiti grafik cemerlang apabila pengguna TV 4K boleh bermain pada resolusi 4K dengan kadar frame yang lebih stabil selain menonton Netflix atau YouTube dengan resolusi terbabit.

Alat pengawal Dualshock4 kini lebih moden dengan penambahbaikan seperti ciri pencahayaan di pad sentuh.

INFO

SONY PS4 PRO

- Harga: RM1,799

- Kesediaan: 10 November

- CPU: x86-64 AMD Jaguar 8 core

- GPU: 4.20 TFLOPS AMD Radeon

- Memori: GDDR5 8GB

- Storan: 1TB

- Dimensi: 295 x 55 x 327mm

- Berat: 3.3kg

- Input/Output: 3 x port Super-Speed USB (USB 3.1 Gen.1), 1 x port AUX

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 11:31 AM