SONY Xperia E4 Dual
SONY Xperia E4 Dual

Sony Malaysia menjual model terbaru, Xperia E4 Dual yang menyokong fungsi dwi SIM aktif membolehkan pengguna menerima dua panggilan daripada SIM berbeza secara serentak.

Xperia E4 Dual mengekalkan reka bentuk Sony Omnibalance yang digunakan pada semua produk Sony Xperia manakala dalamannnya diperkasakan CPU quad core Mediatek MT6582 berkelajuan 1.3GHz yang dipadankan dengan RAM 1GB.

INFO

SONY XPERIA E4 DUAL

- Harga: RM459

- Warna: Hitam, putih

- CPU: Mediatek MT6582 quad core 1.3GHz

- Skrin: 5 inci qHD

- RAM: 1GB

- Memori: 8GB dengan slot kad mikroSD

- Kamera: 5MP, 2MP (depan)

- Bateri: 2300mAh

- Dimensi: 137 x 75 x 10.5mm

- OS: Android 4.4 KitKat

REVIU PRODUK

heading: Macam dalam konsert

subteks: Pemain audio mewah Sony

Oleh Afiq Hanif

[email protected]

Suatu ketika dulu, teknologi muzik paling menarik yang menjadi kegemaran penguji sudah pasti walkman keluaran Sony.

Namun, selepas muzik mengalami evolusi teknologi termasuk masalah cetak rompak. Walkman seakan tenggelam bersama perubahan.

Selepas sekian lama, Sony secara tiba-tiba mengeluarkan peranti audio mudah alih ini diberi nama Sony Walkman NW-ZX2 yang mampu memainkan Audio Resolusi Tinggi (Hi-Res Audio) bagi kualiti audio terbaik.

Cuma, harga jualannya tidak seperti dulu apabila Sony menawarkan peranti baru ini pada harga RM4,999 yang pasti mahal seakan membeli motosikal.

Penguji melihat peranti ini fokus kepada peminat audio yang mahukan pengeluaran bunyi terbaik untuk muzik kegemaran.

NW-ZX2 boleh memainkan lagu dari koleksi digital pengguna muzik pada 192 kHz/24 bit iaitu 256 kali lebih baik dari kualiti CD dalam format seperti MP3, WMA, AAC, FLAC, AIFF, WAV, ALAC dan DSD.

Bagi peminat audio, anda sudah pasti tahu apa makna format di atas!

Dalam memastikan pengeluaran audio Hi-Res yang terbaik, Sony melengkapkan pelbagai teknologi Sony Digital Sound Enhancement Engine HX (DSEE HX) yang mengembalikan bunyi julat tinggi yang hilang ketika proses mampatan di MP3.

Penguji mendapati ia berjaya meningkatkan kualiti bunyi menghampiri kualiti asal ketika muzik terbabit mula-mula dirakam.

Manakala S-MASTER HX pula menjadi penguat (amplifier) digital bagi mengurangkan gangguan dan bunyi bising dalam julat frekuensi yang luas sambil menghasilkan semula bunyi berfrekuensi tinggi sehalus kristal.

Satu lagi teknologi, ClearAudio menjadi tetapan bunyi automatik tanpa perlu ‘equaliser’ yang banyak untuk pengalaman bunyi yang lebih hebat.

Selain teknologi dalaman yang premium, Sony memastikan rekaan NW-ZX2 sama premium dengan harga mewahnya.

Kerangkanya dibentuk dari aluminium yang tebal ditambah dengan lapisan aloi bersalut emas di samping memastikan rintangan elektrik rendah.

Kemasan luarannya pula menggunakan kulit dengan bahagian bawah terbonjol bagi memastikan ia kekal selesa dalam genggaman.

Kualiti penghasilan bunyi seperti bass yang lebih dalam dihasilkan dengan penggunaan komponen audio seperti sumber kuasa dari kapasitor dwi lapisan, OS-CON serta bateri berkapasiti besar.

Manakala penggunaan papan induk PCB berlapis menyumbang kepada kualiti bunyi yang halus dan jelas di telinga.

Meskipun ia pemain audio, Sony Walkman NW-ZX2 dikuasakan Android 4.2 JellyBean jadi pengguna boleh memasang mana-mana aplikasi pemain lagu ataupun equaliser sebagai perisian tambahan.

Ia mempunyai memori dalaman 128GB dengan pilihan tambahan melalui slot kad memori mikroSD sehingga 128GB.

Baterinya mampu memainkan lagu berkualiti MP3 sehingga 60 jam lamanya atau kualiti FLAC 192kHz/24bit sehingga 33 jam dengan sekali cas penuh.

Ia turut menyokong menyokong sambungan bluetooth 3.0 serta sambungan pantas melalui sentuhan NFC.

Produk: Sony Walkman NW-ZX2

Harga: RM4,999

Pengeluar: Sony

Pertanyaan: Sony

Laman Web: sony.com.my

Ciri: Pemain audio mudah alih

Pro: Bunyi audio tiada tandingan

Kontra: Harganya

Komen

Keseluruhan: ****

Reka Bentuk: ****

Pengguna: ****

Nilai Wang: ***

end/

gambar dalam folder

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:14 AM