ASUS STRIX RX 470
ASUS STRIX RX 470
Afiq Hanif


ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan Strix RX 470, kad grafik permainan serba baru de­ngan prestasi ultra-pantas dan penyejukan cepat dengan gaya tersendiri.

Dikuasakan oleh unit grafik pemprosesan terkini (GPU), AMD Radeon RX 470, ia mampu mencatatkan kelajuan mod OC sehingga 1270MHz manakala 1206 MHz bagi mod permainan.

ROG Strix RX 470 ini berupaya menyampaikan prestasi kelajuan sehingga 23 peratus lebih baik berbanding R9 380 di dalam kad 3DMark Fire Strike Extreme dan 25 peratus lebih baik daripada permainan dalam Hitman.

ROG Strix RX 470 juga boleh melengkapkan sistem permainan peribadi dengan sistem lampu Aura RGB. Ia turut termasuk GPU Tweak II bersama XSplit Gamecaster untuk prestasi intuitif dan permainan secara langsung.

INFO

ASUS STRIX RX 470

- Harga: Bermula RM1,132

- Perisian: ASUS GPU Tweak II & Driver, Aura (Graphics Card) Utility

- Enjin grafik: AMD Radeon RX 470

- Standard bas: PCI Express 3.0

- OpenGL: OpenGLÆ4.5

- Memori video: GDDR5 4GB

- Jam enjin: 1226 MHz (mod OC), 1206 MHz (mod permainan)

- Memori antara muka: 256-bit

- Resolusi: 5120x2880 (Maksimum Resolusi Digital)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 11:44 AM