XBOX ONE X
XBOX ONE X
Afiq Hanif

Microsoft melancarkan konsol game, Xbox One X yang dijual pada harga AS$499 serasi untuk dimainkan bersama TV 4K.

Konsol yang mula dijual pada 7 November depan sebelum ini menjadi rahsia Microsoft melalui projek Scorpio.

Xbox One X mempunyai kuasa grafik tinggi dengan format 4.2 teraflops apabila GPU beroperasi pada 1172MHz berbanding Xbox One pada 853MHz serta konsol PS4 Pro keluaran Sony pada kadar 911MHz.

INFO

XBOX ONE X

• Harga: AS$499

• Storan: 1TB

• Dimensi: 30 x 24 x 6sm

• CPU: 2.3GHz, 8 core

• RAM: 12GB GDDR5

• Flash: 8GB

• Disk: 4K UHD Blu ray

• PSU: 245W

• Sambungan: WiFi

• Port: 3 x USB 3.0, HDMI

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 1:42 PM