HAZIQ bersama Atiq, Bazil, Shaifuddin benam trio Singapura.
HAZIQ bersama Atiq, Bazil, Shaifuddin benam trio Singapura.

Palembang: Semua atlet memanah negara melakar aksi membanggakan apabila melangkah ke final acara masing-masing sekali gus mencerahkan peluang Malaysia muncul johan keseluruhan sukan berkenaan.

Trio recurve lelaki, Haziq Kamarudin, Atiq Bazil dan Muhammad Shaifuddin menang 5-1 ke atas trio Singapura yang dibarisi Si Lie, Justin dan Daniel.

Kecemerlangan itu diteruskan trio recurve wanita, Azuanis Abdullah, Siti Nurul Asiah Mahmod dan Shahira Abdul Halim selepas mengalahkan trio Singapura 5-4.

Trio compound berpasukan lelaki yang dianggotai Ahmad Aliff Fadhulullah, Ahmad Syafiq Azim dan Lutfil Hadi Mohd Yusof mengalahkan trio Singapura 12-9.

Trio compound wanita yang dibarisi Norhayati Al-Madihah, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Saritha Cham Nong turut melangkah ke final selepas mendapat bye.

Final bagi keempat-empat acara itu akan dilangsungkan esok dan atlet Indonesia menunggu untuk menjadi penghalang terakhir Malaysia memenangi emas.

Haziq berkata, dia memang menjadikan acara recurve berpasukan sebagai sasarannya untuk memenangi emas pada temasya kali ini.

“Saya menyertai acara individu dan berpasukan, tetapi saya lebih sukakan kategori berpasukan.

“Untuk individu, saya tidak meletakkan sasaran sebaliknya saya mahu memenangi emas dalam acara berpasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 8:07 AM