SEBAHAGIAN peserta mengibarkan Jaluar Gemilang sambil membuat logo Sehati Sejiwa semasa menghadiri Larian Amal Merdeka ke-59 di ILP, Kepala Batas.
SEBAHAGIAN peserta mengibarkan Jaluar Gemilang sambil membuat logo Sehati Sejiwa semasa menghadiri Larian Amal Merdeka ke-59 di ILP, Kepala Batas.
Mohd Badlishah Mohd Ali


Georgetown: Seramai 800 peserta menyertai Larian Amal Kemerdekaan sejauh 4.5 kilometer, bermula di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, baru-baru ini.

Larian membabitkan pelajar, kakitangan dan penduduk setempat itu bertujuan meniup semangat kemerdekaan dan turut diserikan dengan pelbagai acara menarik termasuk senam robik dan perbarisan berbentuk hati seperti logo ‘Sehati Sejiwa’.

Pengerusi kejohanan Sabri Abdul Kadir berkata, program itu bertujuan mengisi erti kemerdekaan sebenar dan pihaknya berharap ia dapat dirasai terutama anak muda.

“Sudah 59 tahun kita meraikan hari kemerdekaan, rakyat kini bebas dan selamat melakukan aktiviti sihat seperti ini tanpa sebarang halangan dalam suasana penuh meriah dan gembira seperti sebuah keluarga besar.

“Apa yang penting, program ini dapat mengeratkan jalinan ukhuwah dalam kalangan warga ILP Kepala Batas dengan penduduk setempat serta melahirkan rasa syukur dan bertuah berada di tanah air penuh harmoni dan aman sejahtera,” katanya.

Larian Amal Merdeka 2016 itu turut diserikan dengan pasukan berbasikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang di samping ada peserta larian turut memakai baju berwarna putih, merah atau putih merah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:06 AM