PENGUATKUASA SPRM membawa pegawai kanan kerajaan di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. FOTO Rasul Azli Samad
PENGUATKUASA SPRM membawa pegawai kanan kerajaan di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. FOTO Rasul Azli Samad
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Pegawai kanan jabatan kerajaan negeri ini yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan dengan jaminan RM300,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin, hari ini.

Peguamnya Azrul Zulkifli Strok yang mewakili pegawai bergelar Datuk berkenaan berkata, siasatan kes sedang berjalan dan anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan jamin itu dijalankan Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh Mohd Anuar Ostadi.

Pegawai berusia 56 tahun itu ditahan pada 15 Ogos lalu bersama tiga penjawat awam lain termasuk seorang bergelar Datuk Seri di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan bagi membantu siasatan kes rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.

Terdahulu, pegawai berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula 16 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009 selain tempoh remannya disambung tiga hari dan tamat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 2:26 PM