Pandangan dari udara kerosakan di bandar  Amatrice  dan susaha menyelamat. - Foto Agensi
Pandangan dari udara kerosakan di bandar Amatrice dan susaha menyelamat. - Foto Agensi
Agensi

Amatrice, Itali: Sekurang-kurangnya 37 terbunuh dalam gempa bumi bermangnitud 6, pagi tadi, yang meranapkan dua bandar, Amatrice dan Accumoli dekat Rieti, kira-kira 100 kilometer di utara of Rome.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Itali, Immacolata Postiglione, berkata 27 mangsa terbunuh di bandar Accumoli dan Amatrice manakala 10 lagi mati di bandar Arquata berhampiran.

Gempa bumi itu melanda pada 3:36 pagi (9.36 pagi waktu Malaysia) ketika penduduk sedang tidur dan gegarannya boleh dirasai di seluruh negara itu, termasuk di Rome.

Pusat bandar Amatrice mengalami kemusnahan teruk dengan hampir seluruh bangunan runtuh.

“Bandar itu sudah tiada,” kata Datuk Bandar Amatrice, Sergio Pirozzi.

Menjelang pagi, orang ramai, anggota pasukan beruniform termasuk polis dan pertahanan awam menggali runtuhan dengan penyodok, jentolak dan tangan kosong bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Agensi berita ANSA melaporkan, sekurang-kurangnya dua mayat sudah dikeluarkan di Amatrice.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 7:40 PM