Pasukan penyelamat bekerja siang dan malam termasuk menggunakan jentera berat bagi mengalihkan runtuhan.
Pasukan penyelamat bekerja siang dan malam termasuk menggunakan jentera berat bagi mengalihkan runtuhan.
Keadaan bandar Amatrice yang hampir musnah sepenuhnya.
Keadaan bandar Amatrice yang hampir musnah sepenuhnya.
Budak perempuan berusia 10 tahun yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan di di bandar Pescara del Tronto, hari ini.
Budak perempuan berusia 10 tahun yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan di di bandar Pescara del Tronto, hari ini.
Agensi

Amatrice: Selepas 24 jam, jumlah korban gempa bumi di tengah Itali yang memusnahkan sebahagian besar tiga bandar meningkat kepada 247 orang.

AP melaporkan, Sebaik matahari terbit, ratusan anggota penyelamat memulakan tugas mencari mangsa terperangkap yang masih hidup di celah dan bawah runtuhan dengan bantuan peralatan moden serta anjing pengesan.

Antara yang menjadi tumpukan ialah Hotel Roma di Amatrice yang dikatakan mempunyai 70 pelanggan ketika hotel itu runtuh, namun menurut pengurusan hotel itu, ramai sempat menyelamatkan diri. Namun lima mayat sudah ditemui di kawasan itu.

Daily Mail melaporkan, antara mangsa yang berjaya diselamatkan hari ini ialah budak perempuan berusia 10 tahun yang terperangkap selama 17 jam di bawah runtuhan di bandar Pescara del Tronto.

Menurut bomba, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan ia memberi semangat kepada pasukan penyelamat untuk terus mencari mangsa yang masih hidup.

Bandar paling teruk terjejas ialah Amatrice dan Accumoli dekat Rieti, 100 kilometer di utara Rome dan dan Pescara del Tronto, 25 kilometer di timur Rome.

Agensi pertahanan awam Itali menyatakan jumlah korban meningkat kepada 247 orang dengan kira-kira 370 cedera. Sebahagian besar mangsa yang terbunuh iaitu seramai 190 orang adalah di Amatrice dan Accumuli.

Gempa bumi itu melanda pada 3:36 pagi (9.36 pagi waktu Malaysia) semalam, ketika penduduk sedang tidur dan gegarannya boleh dirasai di seluruh negara itu, termasuk di Rome.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 4:43 PM