KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan pembaca
Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Nai Teh di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.33 pagi dan tiba di lokasi pada 1.44 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota bersama sebuah jentera yang tiba di lokasi kebakaran berusaha memadam api daripada merebak.

"Api dikawal pada 2.02 pagi dan dipadam sepenuhnya 2.39 pagi. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya.

Katanya, rumah itu musnah 90 peratus dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 3:42 PM