ANGGOTA bomba mengawal kebakaran di Kampung Pituru. FOTO  Erdiehazzuan Ab Wahid

Norasikin Daineh dan Erdiehazzuan Ab Wahid

Papar: Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru, Kinarut, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, semua penghuni rumah sempat menyelamatkan diri selepas api mulai marak dan merebak.

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Papar, Sulaiman Menin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.02 pagi dan dua jentera bersama sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, operasi memadamkan api segera dilakukan dengan bantuan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dan Bomba Tentera Darat.

"Api dikawal pada 8 pagi dan hasil pemeriksaan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Sulaiman berkata, operasi memadamkan api sepenuhnya sedang dilakukan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 9:20 AM