FOTO hiasan
FOTO hiasan
Helmy Abd Rahman Abdul Hamid


Permaisuri: Lelaki maut apabila Honda City dipandunya bertembung dengan Perodua Kenari dalam kejadian di KM 60 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di hadapan Balai Polis Calok, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kereta dipandu mangsa, Mohd Aswari Lah@Abdullah, 38, dari arah Kuala Terengganu, dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kenari dipandu Mat Hassan Md Nor, 54, di lokasi kejadian.

Akibat perlanggaran itu, Mohd Aswari yang bertugas sebagai juru x-ray di Hospital Besut, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di anggota badan, manakala Mat Hassan dan penumpang hadapan kereta dipandunya, Mohd Zawahid Abdul Ghani, 28, cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Mayat Mohd Aswari dihantar ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut manakala Mat Hassan dan Mohd Zawahid turut dihantar ke hospital sama untuk dirawat," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 12:35 PM