FOTO ihsan PDRM
FOTO ihsan PDRM
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Jalan Setiapuspa, Medan Damansara, di sini, jam 7.30 malam tadi.

Sanjeevan, 31, sekali lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pemerasan yang dilaporkan berlaku di daerah Dang Wangi, di sini, sekitar tahun 2014.

Ketua Penolong Pengarah D7, Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, tangkapan dilakukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang pernah diperas ugut oleh Sanjeevan.

Katanya, dengan penangkapan terbaru berkenaan, 10 kertas siasatan akan dibuka terhadap pengerusi MyWatch itu.

Sebelum ini, kali terakhir Sanjeevan ditahan untuk siasatan polis Triang, Pahang, Khamis lalu berhubung kesalahan sama yang pernah dilakukan suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 10:48 AM