ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said melambai tangan kepada media sebelum memasuki Dewan Undangan Negeri. FOTO Rozainah Zakaria
ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said melambai tangan kepada media sebelum memasuki Dewan Undangan Negeri. FOTO Rozainah Zakaria
Helmy Abd Rahman dan Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak masuk semula ke Persidangan DUN yang bersambung semula selepas berhenti rehat, 11.30 pagi tadi.

Beliau yang ditemui di pekarangan Wisma Darul Iman di sini, ketika ditanya sama ada akan membawa sebarang usul hanya berkata, tidak jadi berbuat demikian.

"Ia macam perang juga. Kalau orang bersiap sedia, kita pun tak jadi.

"Kalau orang serang saya, saya akan serang semula. Takkan nak biar," katanya sebelum meninggalkan pekarangan wisma.

Menurutnya, beliau juga menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai tindakan disiplin yang diambil UMNO Negeri kepadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 12:12 PM