ANGGOTA polis membawa N Nagendran (kiri) di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. FOTO Danial Saad
ANGGOTA polis membawa N Nagendran (kiri) di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. FOTO Danial Saad
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Gelandangan dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini selepas mengaku bersalah mencuri patung tembaga dari kuil sebelum menjualnya untuk membeli dadah.

Tertuduh N Nagendran, 47, didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar.

Nagendran juga mengaku bersalah atas petuduhan kedua di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hafiz Hashim meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya serta orang ramai.

Diannee kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditahan dan 6 Oktober ini bagi mendapatkan laporan kimia bagi pertuduhan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 10:41 AM