PENANG 04 AUGUST 2016. Anggota polis mengusung mayat seorang lelaki berusia 34 tahun ditemui mati di dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidur dengan dua kesan tikaman pada bahu dan tengkuk di sebuah pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown, di sini. NSTP/MIKAIL ONG

Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Lelaki ditemui mati di dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidur dengan dua kesan tikaman pada bahu dan tengkuk di pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang 7, di sini tengah hari tadi.

Mayat lelaki yang menjalankan perniagaan dalam talian itu ditemui selepas polis menerima maklumat awam mengatakan terdapat bau busuk dari rumah yang berada di tingkat 10 pangsapuri itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dikenali sebagai Norlisham Nordin,34, dan ketika pemeriksaan dilakukan terdapat dua kesan tikaman pada bahu belakang kanan dan kiri tengkuk.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

"Punca kematian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 6:08 PM