Wanita, 53, maut, terjun dari tingkat 17 pangsapuri. FOTO ihsan pembaca
Wanita, 53, maut, terjun dari tingkat 17 pangsapuri. FOTO ihsan pembaca
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Wanita berusia 53 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 17 pangsapuri di Gat Lebuh Macalum,Georgetown, 7 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui orang ramai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dipercayai baru terjun ketika ditemui orang ramai di situ.

Katanya, polis juga menemui kerusi yang digunakan mangsa untuk memanjat tembok di tingkat 17 pangsapuri berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan selanjutnya,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 1:19 PM