Anda mahu memainkan permainan atau menyunting video yang lebih baik? Acer Aspire X3 dan XC adalah pilihan yang tepat kerana anda boleh memilih untuk memasangkan pemproses mewah 6th Gen Intel Core i7-6700 / i5-6400 / i3-6100 mahupun Pentium 4400 / Celeron 3900.

Meskipun ia hanya sebuah PC yang kecil, namun itu tidak bermakna ia mempunyai prestasi berkompromi.

Bagi model Acer Aspire X3 dan XC, kedua-duanya mempunyai memori DDR4 sehingga 32GB, berupaya melaksanakan pemprosesan dengan pantas selain memberikan pengalaman pengkomputeran yang lebih lancar.

Menjalankan sistem operasi Windows 10 Home 64-bit, X3 dan XC turut didatangkan bersama GTX NVIDIA GeForce 745 untuk prestasi permainan dan tontotan filem berkala.

SPESIFIKASI:

Harga: RM3,499 & RM1,599

Pemprosesan: 6th Gen Intel CorT i7-6700 / i5-6400 / i3-6100 atau Pentium 4400 / Celeron 3900

Storan: HDD: up to 4 TB, 3.5-inch/ SSD: up to 512 GB, M.2 2280 atau 8X Super-Multi drive

Sistem operasi: Windows 10 Home 64-bit

Grafik: Sehingga NVIDIA GeForc GTX 745 atau sehingga Up to AMD Radeon R7 340

Memori: Sehingga 32 GB DDR4 2133 MHz

Dimensi: 100 x 401.5 x 291.5 mm & 100 x 397.7 x 277.5 mm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 6:27 AM