Mahdzir  beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Bicara Aidilfitri Warga Pendidik bersama Wanita UMNO Johor di Dewan Tunku Ismail, UTHM, Batu Pahat. FOTO Syarafiq Abd Samad
Mahdzir beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Bicara Aidilfitri Warga Pendidik bersama Wanita UMNO Johor di Dewan Tunku Ismail, UTHM, Batu Pahat. FOTO Syarafiq Abd Samad
Mohd Hanafis Abdul Haris

Gambar Syarafiq Abd Samad

Batu Pahat: Kementerian Pendidikan menyambut baik usaha mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar dan mencadangkan ia dilakukan bermula bulan depan dengan membabitkan 7,000 sekolah rendah seluruh Malaysia.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian menyokong sepenuhnya keputusan Kementerian Kesihatan untuk memulakan saringan imunisasi bagi mengenal pasti murid yang tercicir menerima vaksin berkenaan.

"Program suntikan itu akan menumpukan murid tahun empat dan lima. Bagi memudahkan ibu bapa, kita cadang program suntikan ini dibuat di 7,000 sekolah rendah seluruh negara.

"Keadah ini sekali gus memudahkan mereka membuat pendaftaran secara terus di sekolah," katanya.

Menurutnya, diharapkan usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka menerima perlindungan imunisasi terbaik dan pada masa sama melindungi daripada wabak penyakit.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Bicara Aidilfitri Warga Pendidik Bersama Wanita Umno Negeri Johor di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 8:42 PM