ESKANDAR (kiri) melancarkan tiga model Harley-Davidson baharu 2016 di Petaling Jaya hari ini.
ESKANDAR (kiri) melancarkan tiga model Harley-Davidson baharu 2016 di Petaling Jaya hari ini.
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Naza Prestige Bikes Sdn Bhd pengimport tunggal motosikal jenama Harley-Davidson ke Malaysia melancarkan tiga model baharu 2016 di Naza Automall, hari ini.

Dua model iaitu Iron 883 dan Forty Eight dilancarkan awal tahun ini, kini giliran model Roadster, Softail Slim S dan CVO Pro Street Breakout diperkenalkan.

Menurut Naib Presiden 1 Bersekutunya Eskandar Esa berkata, model baharu ini dilengkapi dengan ciri terkini seperti aksesori, peningkatan enjin, cat khas dan pelana bentuk baru.

Roadster baharu dengan enjin 1,200 cc dijual pada harga asas RM110,000, Softail Slim (1,800 cc) dijual pada harga RM160,000 dan CVO Pro Street Breakout ( 1,800 cc) dijual pada harga RM210,000.

Selain model baharu mereka juga memberi tumpuan dan komitmen terhadap perkhidmatan selepas jualan dengan mekanik bertauliah dan berpengalaman untuk keperluan servis yang berkualiti bagi kepuasan pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 4:42 PM