SA’ARI mengharungi sungai ketika melakukan program ziarah dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Gambar kanan, Sa’ari menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di surau.
SA’ARI mengharungi sungai ketika melakukan program ziarah dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Gambar kanan, Sa’ari menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di surau.
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Bukan semua orang sanggup mengorbankan masa lapang bersama keluarga apatah lagi keluar dari zon keselesaan di rumah untuk menempuh kesukaran hidup dalam hutan yang serba kekurangan demi menabur bakti kepada orang lain.

Tetapi bagi sukarelawan Sa’ari Kibani perkara itu adalah lumrah baginya ketika berdakwah dan menyampaikan bantuan keperluan makanan kepada penduduk Orang Asli sejak lapan tahun lalu.

Dia yang juga Pengetua Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF) masih aktif keluar masuk perkampungan Orang Asli di Perak, Pahang dan Kelantan selain menyertai misi kemanusiaan di Kemboja.

Menurut Sa’ari, sekurang-kurangnya sebulan sekali rutin berkenaan akan dilakukannya bersama jawatankuasa ASDAF bagi mendekati dan mengajar agama kepada masyarakat Orang Asli.

“Bukan semua orang boleh keluar masuk hutan, hanya hati yang kental saja boleh bertahan kerana ia bukan tempat selesa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 9:32 AM