NAJIB  meluangkan masa melawat Asdaf di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
NAJIB meluangkan masa melawat Asdaf di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
myMetro

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan masa singgah di Asrama Darul Falah (Asdaf) untuk melawat anak-anak Orang Asli yang dijaga di premis berkenaan.

Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan kakitangan asrama itu dan anak-anak Orang Asli dari pedalaman Perak dan Pahang yang di bawah jagaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Bukit Persekutuan di sini.

“Singgah sebentar di Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan untuk melawat anak-anak Orang Asli dari pedalaman Perak dan Pahang di bawah jagaan Perkim,” kata beliau dalam catatan terkini Twitter semalam.

Asdaf ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin.

Anak-anak itu diambil dari kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 11:37 AM