GAMBAR fail - serpihan kapal terbang Boeing 777 milik Malaysia Airlines  yang terhempas di timur Ukraine selepas ditembak jatuh misil BUK  pada 17 Julai 2014.
GAMBAR fail - serpihan kapal terbang Boeing 777 milik Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine selepas ditembak jatuh misil BUK pada 17 Julai 2014.
SEORANG anggota keluarga mangsa memakai lencana MH17 ketika menghadiri upacara memperingati tragedi itu di Vijfhuizen, Belanda.
SEORANG anggota keluarga mangsa memakai lencana MH17 ketika menghadiri upacara memperingati tragedi itu di Vijfhuizen, Belanda.
SEORANG kanak-kanak memerhatikan sisa serpihan pesawat Penerbangan MH17 yang diatur bersebelahan kapal terbang kertas yang dibuat kanak-kanak Kampung  Petropavlivka.
SEORANG kanak-kanak memerhatikan sisa serpihan pesawat Penerbangan MH17 yang diatur bersebelahan kapal terbang kertas yang dibuat kanak-kanak Kampung Petropavlivka.
KUMPULAN pemisah pro-Russia berjalan berhampiran patung binatang dan lilin yang ditinggalkan di kawasan tempat pesawat itu terhempas, semalam.
KUMPULAN pemisah pro-Russia berjalan berhampiran patung binatang dan lilin yang ditinggalkan di kawasan tempat pesawat itu terhempas, semalam.
TUGU sementara dengan gambar sebahagian penumpang pesawat MH17 didirikan penduduk Kampung Petropavlivka sempena ulang tahun kedua tragedi itu.
TUGU sementara dengan gambar sebahagian penumpang pesawat MH17 didirikan penduduk Kampung Petropavlivka sempena ulang tahun kedua tragedi itu.
ALEXANDER  Zakharchenko (kiri) pemimpin pro-Russia di  Donetsk, wilayah pro Russia  Pushilin meletakkan bunga sebagai memperingati penumpang Penerbangan MH17 yang terbunuh selepas pesawat itu dikatakan ditembak oleh misil di timur Ukraine dua tahun lalu.

SUKARELAWAN mengibarkan bendera negara mangsa yang terbunuh ketika majlis memperingati kejadian itu di Grabovo, timur Ukraine.
SUKARELAWAN mengibarkan bendera negara mangsa yang terbunuh ketika majlis memperingati kejadian itu di Grabovo, timur Ukraine.
Agensi

Penduduk kampung Petropavlivka di timur Ukraine, antara tempat serpihan pesawat Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh dua tahun lalu bertaburan, kelmarin mengadakan majlis memperingati kejadian itu.

Majlis sama juga diadakan di Vijfhuizen, berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amesterdam, tempat pesawat itu berlepas.

Pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu bumi ke udara pada 17 Julai 2014 ketika pertempuran sengit antara tentera Ukraine dengan pemisah pro-Russia, menyebabkan semua 298 orang di dalamnya terbunuh.

Kapal Boeing 777 itu dalam penerbangan rutin antara Amsterdam dan Kuala Lumpur dan dua pertiga penumpangnya warga Belanda.

Siasatan antarabangsa merumuskan Oktober lalu, pesawat malang itu menjadi sasaran peluru misil BUK buatan Russia yang dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemisah pro-Russia.

Ia bagaimanapun tidak menyebut pihak yang bertanggungg jawab.

Hasil siasatan jenayah yang diketuai Belanda dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Ahad lalu, 60 orang berkumpul di tempat nahas itu di kampung Petropavlivka, membawa bersama mereka bunga dan menyalakan lilin di satu dataran tempat sebahagian mayat dan barangan milik mangsa bertaburan.

Kanak-kanak kampung itu, yang masih dikuasai oleh pemisah pro-Russia yang menentang kerajaan pro-Barat, turut membawa kapal terbang kertas sebagai memperingati kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian itu.

“Ada keluarga mangsa menelefon kami, meminta kami mencari barangan yang mereka anggap berharga bagi mereka, seperti permainan kanak-kanak yang terbunuh dalam nahas itu,” kata ketua kampung, Natalia Voloshina.

Beberapa serpihan kecil pesawat malang itu yang belum diserahkan kepada penyiasat Belanda disusun di luar pejabatnya sempena ulang tahun itu.

Di Vijfhuizen, bandar kecil berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, majlis memperingati kejadian itu dihadiri ratusan keluarga mangsa.

Sebuah tugu peringatan dijangka siap dibina di bandar itu tahun depan.

Majlis itu diserikan dengan nyanyian lagu, bacaan sajak dan pembacaan nama semua 298 mangsa.

Sebanyak 298 kuntum bunga matahari juga diatur, mewakili semua 298 mangsa - melambangkan kawasan bunga mata hari di Ukraine, tempat mayat mangsa bertaburan.

Ketua Pengawas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) di Ukraine, Ertugrul Apakan berkata, bencana MH17 itu adalah bukti bayaran tinggi yang perlu ditanggung oleh orang awam dalam konflik bersenjata.

“Ia satu peringatan kepada kita bahawa keamanan itu amat berharga kepada manusia,” kata Apakan dalam kenyataan sempena ulang tahun kejadian itu.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berikrar menghukum mereka yang bertanggung jawab.

Pihak pemisah menafikan bertanggungjawab, sebaliknya menuduh tentera Ukraine yang menembak pesawat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2016 @ 10:04 AM