PENANGKAPAN waran telah dikeluarkan untuk Igor Girkin (kiri atas), Sergey Dubinskiy (kanan atas), Oleg Pulatov (kiri bawah) dan Leonid Kharchenko (kanan bawah).
PENANGKAPAN waran telah dikeluarkan untuk Igor Girkin (kiri atas), Sergey Dubinskiy (kanan atas), Oleg Pulatov (kiri bawah) dan Leonid Kharchenko (kanan bawah).
AFP

MOSCOW: Seorang daripada empat suspek utama yang dinamakan sebagai individu yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 menafikan kumpulan pemisah pro-Russia adalah dalam serangan peluru berpandu itu yang menyebabkan 298 penumpang maut.

“Apa yang saya boleh katakan adalah kumpulan pemberontak tidak menembak jatuh pesawat Boeing itu,” kata Igor Strelkov yang juga dikenali sebagai Igor Girkin kepada agensi berita Russia, Interfax.

Semalam, kumpulan penyiasat antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Girkin dan tiga lagi suspek berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK pada Julai 2014.

Kumpulan penyiasat yang diketuai Belanda itu berkata, mereka akan mendakwa Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov yang berasal dari Russia dan warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Nama keempat-empat suspek juga akan diletakkan dalam senarai individu dikehendaki antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 8:48 PM