Mirror

London: Manchester United menjadi kelab terbaru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dikaitkan untuk perpindahan pemain tengah Liverpool Joe Allen.

Masa depan pemain Wales itu di Anfield masih belum pasti selepas bos Liverpool Jurgen Klopp masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan atau melepaskan bekas pemain Swansea itu berhijrah.

Skuad kendalian Francesco Guidolin berminat untuk membawa semula Allen ke Stadium Liberty ketika United berada dalam perancangan untuk menimbang pilihan mereka, lapor South Wales Evening Post.

Dua lagi kelab EPL, West Ham dan Stoke turut dikhabarkan meninjau pemain berusia 26 tahun itu yang memainkan peranan penting ketika membantu Wales mara ke separuh akhir Euro 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 5:41 PM