Jakarta: Pendakwa semalam berkata, mereka akan memutuskan sama ada mendakwa secara rasmi sepasang kekasih atas kematian seorang wanita yang juga ibu suspek seawal-awalnya bulan ini.

Ketua pendakwa di Bali, Jaya Kesuma berkata, polis sudah menyelesaikan siasatan selama empat bulan mengenai insiden berkenaan.

“Semua bukti diserahkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tommy Schaefer dan Heather Mack - kedua-dunya dari Chicago, Amerika Syarikat - ditangkap ekoran penemuan mayat Sheila von Weise-Mack dalam sebuah beg pakaian di luar hotel mewah di Bali.

Sheila ibu kepada Heather.

Kata Jaya Kesuma, paling awal pejabat pendakwa boleh menetapkan keputusan sama ada mendakwa pasangan itu atau tidak ialah 20 hari dari semalam.- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:46 AM