FOTO ihsan JPAM
FOTO ihsan JPAM
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Dua pendaki yang dikhuatiri sesat selepas lapan jam terpisah dari kumpulannya ketika mendaki Gunung Pulai 1, Kulai, ditemui selamat petang ini.

Pendaki terbabit, Chee Lee Phen, 36, yang berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang bersama warga British, Gareth Roy Simpson, 58, ditemui pada jam 6.59 petang tadi.

Sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, laporan berhubung orang hilang diterima daripada anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada jam 4.50 petang.

"Maklumat awal diterima dua individu termasuk seorang lelaki dan perempuan hilang di kawasan rekreasi itu.

"Pelbagai agensi termasuk bomba, polis, renjer dan Rela ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Katanya, mangsa berjaya ditemui dan dipandu berdasarkan talian telefon untuk perjalanan keluar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2016 @ 8:02 PM