PASUKAN polis forensik tiba di lokasi untuk melakukan siasatan. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
PASUKAN polis forensik tiba di lokasi untuk melakukan siasatan. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Mayat lelaki ditemui di Bukit Beruang di sini, 9.45 pagi hari ini dipercayai pendaki yang dilaporkan sesat dan hilang ketika mendaki bukit berkenaan, Selasa lalu.

Ketika ini pasukan polis forensik, Kementerian kesihatan dan bomba sudah tiba di lokasi untuk melakukan siasatan lanjut, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pendaki terbabit, peniaga Steven Tan Kim Huat, 45, sebelum ini dilaporkan mendaki bukit itu, 4.30 petang Selasa lalu sebelum ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang sehingga 8.30 malam.

Pihak berkuasa kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula 11.30 malam sama sehingga operasi dihentikan 3 petang semalam selepas gagal menemui mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 12:26 PM