Gambar fail, Gunung Everest. FOTO AFP.
Gambar fail, Gunung Everest. FOTO AFP.
AFP

Kathmandu: Dua pendaki dari Amerika Syarikat dan Switzerland meninggal dunia ketika mendaki Gunung Everest, menjadikan korban pertama musim pendakian ini.

"Dua pendaki meninggal dunia pada Rabu," kata Mingma Sherpa dari Seven Summit Treks kepada AFP.

Chhang Dawa Sherpa daripada organisasi sama pula memberitahu pendaki Switzerland, Abdul Waraich, 40, maut selepas berjaya menakluk puncak dan mengalami keletihan.

"Kami menghantar dua sherpa tambahan dengan oksigen dan makanan, malangnya mereka tidak dapat menyelamatkannya," katanya menerusi kenyataan di Instagram.

Pendaki AS, Puwei Liu, 55, pula sudah menghampiri kawasan Hillary Step tetapi terpaksa dibantu untuk turun selepas berdepan keletihan dan hilang penglihatan (snow blindness).

Dia berjaya sampai kem empat namun meninggal dunia.

Dalam musim kebelakangan ini, Everest menyaksikan lonjakan jumlah pendaki hingga sesak, yang didakwa menyumbang kepada banyak kematian.

Bagi mengurangkan kesesakan, Kementerian Pelancongan Nepal mengumumkan peraturan yang mengehadkan jumlah pendaki menawan puncak, mengikut kesesuaian cuaca.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 2:04 PM