GERAI Chef Lan sentiasa dipenuhi pelanggan.
GERAI Chef Lan sentiasa dipenuhi pelanggan.
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Menu murtabak yang sentiasa mendapat perhatian setiap Ramadan menjadi ilham kepada bekas tukang masak di Istana Negara Ahmad Zailan Zukapli, 45, dengan memperkenalkan menu baru iaitu murtabak Pa Jeong Korea.

Walaupun bukan murtabak asli, namun inti murtabak berkenaan yang diadun dengan daging, ayam dan keju menyebabkan gerainya di Bazar Ramadan Seri Manjung 2, di sini, menjadi tumpuan ramai berikutan keenakannya.

Ahmad Zailan atau dikenali sebagai Chef Lan berkata, dia dan isterinya, Rafeqah Abdul Halim, 42, mendapat idea memperkenalkan menu itu untuk mencipta kelainan bagi peminat murtabak.

Menurutnya, gerai yang diusahakannya bersama adiknya Zuhaila, 31, mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung kerana ingin merasa menu baru itu.

“Biarpun diilhamkan daripada makanan Korea ketika saya melawat negara itu enam tahun lalu namun ia diubah mengikut selera Melayu supaya boleh diterima dan ternyata ia menerima maklum balas positif penduduk setempat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 5:30 AM