Azahar Hashim


Kulim: Budak lelaki menahan sakit beberapa jam berikutan spanar tersekat di jari telunjuk kirinya ketika membaiki basikalnya selepas sahur.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Nurhafizah Muhammad Lukman, berkata keluarganya membawa budak itu ke balai untuk bantuan.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak terbabit hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, pada 10.04 pagi ini, selepas gagal mengeluarkan spanar yang tersekat di jari anak mereka.

Menurutnya, pihak bomba memerlukan kira-kira tiga minit untuk memotong spanar itu.

“Kami difahamkan kejadian itu berlaku selepas sahur ketika kanak-kanak terbabit membaiki basikalnya.

“Ibu bapanya cuba mengeluarkan spanar itu namun gagal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2016 @ 2:58 PM