Shah Alam: Perjalanan dari Perlis ke Shah Alam membuahkan hasil diharapkan buat Intan Marziayah Mansor apabila muncul juara Terbuka Wanita.

Peserta berusia 23 tahun itu unggul menafikan cabaran peserta lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan pingat.

Manakala peserta dari Pahang, Norliza Jaludin meraih tempat kedua dengan hadiah RM250 diikuti Nurhidayu Nor Rongzi ketiga (RM200) dan Shazlin Hashim keempat (RM150).

Kategori Lelaki Bawah 23 Tahun pula diungguli Muhammad Haniff Mustapa dari Johor selepas menewaskan Nur Alif Abd Rahim dari Melaka di pentas final.

Walaupun diberikan cabaran sengit, Haniff ternyata unggul untuk bergelar juara sulung kategori itu, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM400 berserta pingat.

Muhammad Safuan Mohd Arif dan Ismail Mohd Yusak masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 7:37 AM