Tebusan Kanada Robert Hall (kiri) yang dibunuh semalam dan John Risdell (kanan) dibunuh April lalu, manakala gambar kiri, anggota polis Filipina membawa beg plastik mengandungi kepala dipercayai milik Hall yang ditemui di Jolo, kepulauan Sulu, malam tadi. - Foto EPA

Agensi

Manila: Tentera Filipina mengesahkan menemui satu kepala di Jolo selepas tebusan Kanada, Robert Hall, dibunuh kumpulan Abu Sayyaf semalam, dan kepala yang ditemui berhampiran sebuah gereja itu, dipercayai milik Hall.

Menurut AFP, kerajaan Filipina dan Kanada mengesahkan Hall sudah dibunuh Abu Sayyaf yang menculiknya September lalu, bersama seorang lagi rakyat Kanada John Ridsdel, rakyat Norway Kjartan Sekkingstad dan wanita Filipina Marites Flor, selepas tamat tempoh pembayaran wang tebusan 600 juta peso (RM53.2 juta) yang dituntut pada 3 petang semalam.

John Ridsdel dipenggal pada 25 April lalu, selepas wang tebusan 300 million peso (AS$6.3 juta) tidak dibayar.

AP melaporkan satu rakaman video yang diperoleh polis Filipina menunjukkan Hall berbaju jingga melutut di depan bendera Negara Islam (IS) sebelum dipenggal dalam hutan.

Semalam, Abu Raami, jurucakap Abu Sayyaf, memberitahu melalui telefon mereka sudah membunuh Robert Hall dan mayatnya akan ditemui di bandar Jolo.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2016 @ 4:58 PM