Wanita Filipina Marites Flor dan teman lelakinya, Robert Hall dari Kanada serta Kjartan Sekkingstad dari Norway dalam rakaman video kumpulan Abu Sayyaf minggu lalu. -  Foto HO-SITE Intelligence Group
Wanita Filipina Marites Flor dan teman lelakinya, Robert Hall dari Kanada serta Kjartan Sekkingstad dari Norway dalam rakaman video kumpulan Abu Sayyaf minggu lalu. - Foto HO-SITE Intelligence Group
AFP

Manila: Kumpulan Abu Sayyaf yang memenggal kepala tebusan Kanada minggu lalu, mengancam membunuh seorang lagi tahanan barat jika wang tebusan jutaan ringgit tidak dibayar kepada mereka dalam masa empat minggu.

Rakaman video daripada kumpulan itu menunjukkan tahanan Kanada Robert Hall dan Kjartan Sekkingstad dari Norway memakai baju jingga dikelilingi lelaki bersenjata.

Menurut tahanan terbabit, Abu Sayyaf mengancam membunuh sekurang-kurangnya seorang daripada mereka jika bayaran tidak diterima menjelang 13 Jun.

Tulisan pada video itu menyatakan Abu Sayyaf menuntut 600 juta peso (RM51.71 juta).

Tebusan Kanada, John Ridsdel, dibunuh bulan lalu selepas wang tebusan tidak dibayar pada tarikh ditetapkan.

Mereka bersama teman wanita Hall diculik dari sebuah resort di kepulauan Samal pada 2015, ratusan kilometer dari kubu Abu Sayyaf di Selatan Filipina.

Kumpulan itu juga sedang menahan empat raktyat Malaysia, seorang rakyat Belanda dan empat Filipina.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 6:39 PM